Dengan rasminya, Kebana Sibu telah melancarkan satu tabung untuk menderma bagi pembinaan Gereja SIB Data Kakus untuk tahun 2010-1011. Pelancaran tabung ini telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua ahli-ahli Kebana Sibu. Ketua Pelayan SIB Bethel Sibu, En. Lade Kulong berkata, satu sistem cara menderma yang begitu baik dan mudah telah dicipta oleh AJK Kebana Sibu bagi memberi peluang kepada semua ahli supaya dapat menyumbang kepada tabung ini. Beliau berkata kepada demikian pada malam Pra-Krismas 16.12.2010, Peringkat Kenyah Badeng Sibu di Rumah Pelayan Andreas Rum Nchuk di Kampung Bahagia Jaya, Sibu.