Selamat Nai Meno' blog e'.

Selamat pegita ka-ang ilu Oko, Amai, We', Seken, Sadin, anak ngan Toyang alai layan, oban sokat nai meno' blog e' liwai ji. Ading-ading ake' ti tega tawai oban oba' nai naat kise' dau senorat e' ngan pepo pekimet ngan ne' dalem blog e' ji. Blog e' ji un kado' naen bahagian keneng poyan udip de' lapa, naat ne dau kidi ngan bada' boka un dau tira' de' sala' neng idi ngan kua' kua' pilu peteneng udip tega ka-ang ilu serepe' apan. Nyiau udip alai layan apan boka le tai petego' ca liwai laa limun kanan.

Tega Tawai.

Amaitebun

Khamis, Februari 05, 2015

Janan Tai Ka' ALO MALAU



Tekena' ji pelua' kumin uban pengasat le tai matai tai pala' Surga(ALO MALAU) dalem Adet Bungan. Oko me' Pejating un tai ka' Alo Malau melalui tekupi/Dancun uban dalau ja re anak e matai. Dalem kekecewaan ja, ia nangeh pa tai e dancun ngan lunto' ka' tajo uma'. Dalem tekena' ji, ia un tai taan Tuhan Allah uyan kelunan, taan de' kelunan sebayang tai ka' Lg. Kangkung(Gereja/Sorga) . Ngening ne dau tekena' e ji...kado' tafsiran ilu sokat bada' lepa ngening tekena' ji. Tega Tawai.

MELAWAT TANA' OKO LE KE PLIERAN, USUN APAU PART 1

Kami tiba di Dataran(Lekak) Apau Beduk kira-kira pukul 4.15 petang, 24.10.2014. Apau Beduk merupakan dataran tanah tinggi yang sangat rata, luas dan tanahnya jenis gambut sangat sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. Keluasan kawasan ini dianggarkan 20KM persegi jika dikira berdasarkan google maps. Kawasan ini sesuai jika dimajukan sebagai sebuah bandar dan mencukupi jika dibina sebuah lapangan terbang antarabangsa. Sungai Sut mengalir ditengah-tengah dataran Apau Beduk dan ia  juga dikenali “Plieran Valley” atau lembah sungai Plieran.

Kami berhenti selama 15 minit meninjau kawasan dan mengambil gambar dipersekitaran Apau Beduk. Saya sangat terpegun melihat keindahan tanah pamah Apau Beduk yang sangat luas dan rata. Saya merasa amat geram, marah dan sedih kerana bekas tanah nenek moyang kita ini sudah diberikan lesen kepada pihak kompeni (Danum Sinar Oil Palm Sdn Bhd(Block C) dan Danum Jaya Sdn Bhd untuk perladangan kelapa sawit.



 Gambar Lekak Apau Beduk


 Ekspedisi Group
 Tanah Merah(Pelik)
Batu Macam disambung-sambung/Jubin mungkin bekas penempatan orang asal Kawasan batu meliputi kira-kira 500 meter persegi


Suhu disini agak dingin walaupun panas terik matahari. Mengikut sejarah, Lembah Apau Beduk telah diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini. Ia dipangil Dataran Tinggi “Apau Beduk” kerana kawasan ini pada dahulu kala merupakan kawasan bercucuk tanam seperti padi, ubi keledek, kawasan berburu dan mereka mendapati banyak sangat  binatang seperti beruk, monyet dan binatang yang lain disini.


Perjalanan dari Apau Beduk diteruskan dan kami sampai di simpang Metalun kira-kira pukul 4.40 petang. Simpang ke Metalun adalah sebelah kanan dan infomasi memaparkan bahawa perjalan ke SK Metalun dan Penan Lg. Menapa Cuma sejauh 3.5KM, Penan Long Luar 6KM, Penan Long Tangau 12.2KM dan Penan Long Singu 12.9KM.